Pages

Saturday, August 21, 2010

Isu-isu agama dan bangsa melayu....

Semenjak hari jumaat lalu,ada satu spekulasi terbaru dari rakyat pulau pinang yang telah menyatakan, ada beberapa masjid, imam khutbah telah membaca khutbah kedua dengan menlafazkan selamatkan menteri pulau pinang LEE GUANG ENG(bukan ketua islam negeri) dan membelakangkan Agong & Yang dipertua negeri, kedua-dua ini adalah ketua agama islam negara dan ketua agama islam negeri. Isu ini telah diyakini oleh beberapa khatib sebagai mengesahkan bahawa kata-kata itu adalah benar,dan sebagai orang islam negeri pulau pinang, adakah perkara ini telah diutuskan dari pihak kerajaan negeri atau pihak individu, oleh itu kedua-dua datang dari pihak pro kerajaan negeri dan sebagai rakyat atau umat islam, adakah perkara ini patut berlaku dalam negara islam Malaysia, isu-isu politik telah dipengaruhi dengan menyebarkan,semasa dalam khutbah jumaat, dan sepatutnya khutbah jumaat yang perlu dimafaatkan dengan baik, sebab khutbah jumaat telah membolehkan orang-orang islam bersatu dalam membentuk perpaduan ummah dan membelakangkan isi-isu politik semasa sejenap, dengan memburukkan seislam itu sendiri dalam khutbah. Apakah pendapat anda dalam isu sedemikian, patutkah kita sebagai rakyat mendengar perkara-perkara yang nak menjatuhkan seislam atau atau perkara tersebut dibuat-buat oleh pembangkang negeri(umno) dengan memanaskan isu-isu tersebut, seperti mana ahli-ahli pembangkang,yang selalu suka mengutarakan perkara-perkara yang mengaibkan kerajaan Malaysia....
Saya disini bukannya nak menjatuhkan sesiapa,tapi sebagai RAKYAT MALAYSIA dan sebagai orang ISLAM yang sayang pada negara MALAYSIA, yang mana sekarang ini rakyat dan ahli politik berbalah sesama sendiri dengan memainkan isu-isu agama, yang boleh merosakkan bangsa dan agama, demi kepentingan individu itu sendiri, sehingga rakyat merasa ragu-ragu tentang isu agama.
Justeru itu, saya hendak menyatakan satu perkara,bahawa di negara Malaysia ini kita ada Raja-raja melayu yang membolehkan kita pertahankan hak-hak keistimewaan orang melayu dan islam itu sendiri dengan menyokong atau mengekalkan pelembagaan negara yg sedia ada untuk kepentingan bangsa melayu.SEKIAN....

No comments:

Post a Comment