Pages

Thursday, June 23, 2011

Tuesday, September 21, 2010

Tokek binatang yang paling bernilai di dunia...

Cicak Mengubat HIV/AIDS ???

Contract Farming (baca: scam) TERBARU ? Siapa nak jadi jutawan ??? Kalau dah sampai berat 350 gram, dia boleh keluarkan enzim mengubat HIV/AIDS. Lepas sampai 500 gram, dia boleh dijual dengan harga 3 juta. Jom ramai-ramai buat 'contract farming' bela cicak nie. Wow... nie cara mudah untuk buat duit segera... Sepatutnya Khazanah invest untuk membeli cicak nie drpd invest menangkap Tuna di Langkawi.. Nescaya rizab negara akan berganda..


KUANTAN 7 Ogos - Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di sini yang memiliki dua ekor cicak tersebut berharap satu kajian saintifik dapat dilakukan bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.

Mohamad Fauzi Mohd. Norman (gambar), 42, berkata, dia mula memelihara dua ekor cicak tersebut selepas salah seorang daripada saudaranya memberikan haiwan itu kepadanya sebagai cenderahati.

Menurutnya, saudaranya itu menangkap cicak tersebut di kawasan hutan Hulu Terengganu dan ketika diberikan kepadanya, dia tidak mengetahui keistimewaan haiwan itu.

"Saya bertanya kepada kenalan dan merujuk dalam laman web mengenai spesies cicak ini sebelum mendapati ia amat bernilai kerana mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak miliknya yang berusia tiga bulan itu dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.

"Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.

Dalam pada itu, dia turut dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.

"Saya anggarkan dua ekor cicak tokek yang saya pelihara ini masing-masing seberat 100 gram dan 90 gram. Tetapi saya percaya ia mampu untuk membesar lagi,'' katanya.


Saturday, August 21, 2010

Isu-isu agama dan bangsa melayu....

Semenjak hari jumaat lalu,ada satu spekulasi terbaru dari rakyat pulau pinang yang telah menyatakan, ada beberapa masjid, imam khutbah telah membaca khutbah kedua dengan menlafazkan selamatkan menteri pulau pinang LEE GUANG ENG(bukan ketua islam negeri) dan membelakangkan Agong & Yang dipertua negeri, kedua-dua ini adalah ketua agama islam negara dan ketua agama islam negeri. Isu ini telah diyakini oleh beberapa khatib sebagai mengesahkan bahawa kata-kata itu adalah benar,dan sebagai orang islam negeri pulau pinang, adakah perkara ini telah diutuskan dari pihak kerajaan negeri atau pihak individu, oleh itu kedua-dua datang dari pihak pro kerajaan negeri dan sebagai rakyat atau umat islam, adakah perkara ini patut berlaku dalam negara islam Malaysia, isu-isu politik telah dipengaruhi dengan menyebarkan,semasa dalam khutbah jumaat, dan sepatutnya khutbah jumaat yang perlu dimafaatkan dengan baik, sebab khutbah jumaat telah membolehkan orang-orang islam bersatu dalam membentuk perpaduan ummah dan membelakangkan isi-isu politik semasa sejenap, dengan memburukkan seislam itu sendiri dalam khutbah. Apakah pendapat anda dalam isu sedemikian, patutkah kita sebagai rakyat mendengar perkara-perkara yang nak menjatuhkan seislam atau atau perkara tersebut dibuat-buat oleh pembangkang negeri(umno) dengan memanaskan isu-isu tersebut, seperti mana ahli-ahli pembangkang,yang selalu suka mengutarakan perkara-perkara yang mengaibkan kerajaan Malaysia....
Saya disini bukannya nak menjatuhkan sesiapa,tapi sebagai RAKYAT MALAYSIA dan sebagai orang ISLAM yang sayang pada negara MALAYSIA, yang mana sekarang ini rakyat dan ahli politik berbalah sesama sendiri dengan memainkan isu-isu agama, yang boleh merosakkan bangsa dan agama, demi kepentingan individu itu sendiri, sehingga rakyat merasa ragu-ragu tentang isu agama.
Justeru itu, saya hendak menyatakan satu perkara,bahawa di negara Malaysia ini kita ada Raja-raja melayu yang membolehkan kita pertahankan hak-hak keistimewaan orang melayu dan islam itu sendiri dengan menyokong atau mengekalkan pelembagaan negara yg sedia ada untuk kepentingan bangsa melayu.SEKIAN....

Sunday, August 15, 2010